Allahu ustaz.. Moga Allah berikan kesihatan yang baik pada ustaz serta keluarga ni..

  • Bagikan

 


Selamat hari lahir akak. Happy birthday akak. Allah kabukan doa akak ini pada hari lahirnya dihadiahkan rumah tempat tinggal selesa. Tanpa sangka dan tanpa rancang. Kuasa Allah. Ajaibnya doa. Tak berhenti akak ni menangis cakap terima kaseh.

Sedih sayu hati terjumpa kakak tiada kaki. sebelah tiada. Sebelah lagi tak berfungsi dah. 3 tahun tinggal di bangunan tinggal. Kebelakang. Kadang air naik banjir. Tiada pintu. Tiada tandas. Ada tandas jauh tapi buruk. Suami strok. Kadang ada orang kacau. Anak 2 orang. Dua-dua oku pendidikan khas. Yang perempuan 12 tahun baru meninggal dunia kerana masalah peparu.. Seorang lagi 17 tahun ada masalah jantung dan oku lembam tapi dialah yang uruskan bawa nak untuk mandi dan urusan lain. Angkat barang. Kemas katil.

Sedih rasa. Syukur dapat zakat rm400. Jkm rm250. Bila sampai. Akak ni menangis jer. Saya setiap hari berdoa nak jumpa ustaz. Tak sangka ustaz datang jumpa saya. Kakak ni menangis jer.



Cikgu anaknya yang meninggal 12 tahun tu contact pembantu saya. 2 cikgu sekolah datang bersama membantu. Lagi sayu rasa. Mungkin doa anak 12 tahun tu.

Sekejap jer saya dekat situ penuh nyamuk. Lagi menakutkan banyak babi hutan dekat situ . Aduh seramnya. Betul ke ustaz hadir sini. Sekejap jer macam-macam binatang kami jumpa. Hari ini hari lahir akak ni. Sepanjang hidup tak pernah sambut birthday. Ya Allah. Allah hantar ustaz pada hari lahir saya. Dalam masa 2 jam dapat pindahkan akak ni. Semua kru saya menangis sekali sedih dan rasa gembira dapat membantu.

Menangis jer dengar kisah ujian akak ni. Saya menangis bisik pada sahabat saya. Saya ni ujian sakit, kemalangan sikit dah mengeluh. Apalah kekuatan wanita ini yer ya Allah tuhanku….

  • Bagikan