Dulu Pernah Bergaduh Besar, Zynakal Sebak Kongsi Moment Pengebumian Ibu

  • Bagikan


Semalam dikejutkan dengan perkhabaran duka mengenai pemergian ibu tercinta Zynakal dan kakak kepada penyanyi Zamani Slam iaitu Zuraidah Ibrahim. Allahyarhamah dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di ibu kota sekitar jam 1 petang akibat komplikasi buah pinggang.


Bukan sekarang masanya kau pergi, kau lagi kuat daripada apa yang aku tahu

 Sebelum ini, Zynakal memuat naik foto di IG Story memegang tangan ibunya yang berusia 53 tahun dan mengharapkan orang ramai mendoakan kesihatan wanita berkenaan. Menurut pelantun ‘Terbang’, Allahyarhamah ibunya menerima rawatan di fasiliti berkenaan sejak beberapa hari lalu.


Waktu turun ke liang bawa jasad ibu untuk dikambus saya lah orang yang paling beria.. 

Terbaharu menerusi entri Instagramnya, Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli berkongsi moment sewaktu di majlis pengebumian ibunya. Akui penyanyi berusia 22 tahun itu, haruman sewaktu menguruskan jasad si ibu masih dapat dihidunya sehingga kini. Meskipun pernah bertelagah besar, namun Zynakal tetap bersyukur dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak buat kali terakhir.

Lepas siap dikafankan saya okay lagi & waktu turun ke liang bawa jasad ibu untuk dikambus saya lah orang yang paling beria. Tapi bila tengok batu nisan baru sedar yang saya tanam tadi tu mak sendiri..


  • Bagikan