|Tahniah ATM, gempor Pati sampai ke lubang cacing.

  • Bagikan

KOTA TINGGI 13 Julai – Kecekapan anggota tinjauan tentera yang bertugas di menara kawalan menghidu pergerakan pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya menah4n mereka dalam operasi di Bandar Penawar dekat sini awal pagi tadi.

Ketangkasan bert1ndak ini menyaksikan seramai 16 PATI warga Indonesia berjaya ditah4n dalam dua tangk4pan berasingan menerusi Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri.  Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, tangk4pan pertama dibuat kira-kira pukul 1 pagi di Ladang Sungai Tengah.

Menurut kenyataan tersebut, dalam kejadian ini, tiga PATI termasuk seorang perempuan ditah4n dipercayai sedang menunggu bot untuk membawa mereka pulang ke Indonesia. “Tangk4pan hasil maklumat daripada anggota bertugas di menara tinjau Ladang Sungai Tengah setelah mengesan kehadiran bot asing yang mencur1gakan.

“Sepasukan anggota dari Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) diketuai Kapten Mohd Amirul Naim Mohammad Zubir yang membuat rondaan keselamatan telah berjaya menah4n sebuah bot p4ncung,” ujar kenyataan itu.

Kesemua PATI telah melar1kan di ke kawasan hutan berhampiran sekitar Ladang Sungai Tengah, namun berjaya ditangk4p. Turut diramp4s tujuh telefon bimbit serta wang tunai RM1,550 dan $21.1 juta Rupiah (RM6,236) serta bot p4ncung dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM36,000.

Menurut kenyataan itu lagi, tangk4pan kedua pula pada pukul 2 pagi apabila anggota di menara tinjau telah mengesan kehadiran sebuah bot mencur1gakan menghampiri Ladang Brunai. “Sekumpulan anggota 61 RAD diketuai Kapten Mohd Farid Izaini dari Pos Tuan Sheh telah digerakkan bagi membuat rondaan di sekitar kawasan tersebut.

“Mereka kemudian berjaya menangk4p 13 PATI termasuk tujuh perempuan dipercayai baru tiba di negara ini,” ujarnya. Nilai ramp4san dianggarkan bernilai RM8,000 melibatkan enam telefon bimbit, barang-barang kemas serta wang tunai RM1,170 dan $1.7 juta Rupiah (RM544).

Kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk t1ndakan lanjut sebelum menjalani ujian Cov1d-19.vUsaha menjejaki diteruskan dengan bantuan tim dron dari Bahagian Staf Peris1kan Pertahanan (BSPP).

Sumber: Sepitbiru

  • Bagikan